SAYA berumur 26 tahun
dan belum berkahwin, berat badan 50 kilogram dan tinggi 154 sentimeter.Saya tidak tahu kenapa sejak 2minggu kebelakangan ini ketulan
darah selalu keluar dr faraj..bukan seperti darah cair malah pejal seperti
darah haid ..saya confius samada ini dikatakn keputihan atau ketulan
darah..lagi2 saya akan mendirikan rumahtangga pada bulan hadapan.
Semua wanita menginginkan haid yang
sempurna .Pada hakikatnya ini tidak akan berlaku sekiranya kawalan haid seseorang itu dikawal secara biologi. Kitaran haid dan amaun yang turun di kawalselia oleh kelenjar pituitary dan ovary. Oleh kerana itu sebarang gangguan kepada kedua-dua boleh membuat haid seseorang tidak normal.
Rahim amat jarang sekali mengganggu haid misalannya fibroid. Kelenjar pituitary
dipengarohi oleh emosi,stress,berat badan dan latihan fizikal. Ovari pula
bergantong kepada pituitary untuk berjalan dengan baik. Masing-masing ada berkait
rapat. Oleh itu tidak hairan kalau sekali sekala terjadi haid yang tidak menentu
seperti ini.
Pada
pendapat saya ,saudari tidak perlu risau kerana ini selalunya bersifat
sementara. Kitaran haid akan kembali pulih semula mungkin selepas sebulan dua. Bagi kami selagi ianya tidak memudaratkan
seperti pertumpahan darah yang banyak,berpanjangan maka ianya akan pulih
semula secara automatik. Sekiranya saudari dapati haid seperti ini berlaku setiap bulan untuk
selama 3 bulan berturut-turut saya cadangkan saudari berjumpa pakar ginekologi untuk rawatan.
Kebiasaannya kami akan memberi hormone seperti pil perancangan untuk beberapa
bulan sehinggalah kitaran haid pulih semula jadi. Ujian imbasan ultrasound
kebanyakkan tidak menunjukkan apa-apa masalah dari segi rahim mahupun ovary.
Pada pengalaman saya terdapat juga pesakit ovarian cyst datang dengan perdarahan
seperti ini.
SEmua masalah berkaitan dengan haid adalah
berpunca dari masalah ovary. Folikul-folikul /telur dari ovary gagal dalam
ovulasi. Maka ini akan menybabakan haid datang lambat dan benyak sekiranya haid
turun. Ini terjadi di sebabkan oleh hormone estrogen ynag berlebihan dan
kegagalan hormone progesterone berfungsi. Haid yang terlau banayak menyebabkan
ketulan darah berlaku kerana kekurangan enzim unutk mencairkannya.
Kesemua ini tidak menyebabkan saudari susah
mengandong bila kawin kelak.
No comments:
Post a Comment