Followers

Wednesday, 25 April 2012

Suami tidak dapat "penetrate" selepas melahirkan.


Saya sudah 7 bulan melahirkan bayi sulung, tetapi semasa ingin bersama
suami, zakar suami sukar masuk ke vagina, seolah-olah lubang vagine
terlalu kecil. Kami telah menggunakan pelincir seperti KY jelly tetapi
kepala zakar masih tidak boleh masuk. Saya mendapati lubang vagina
saya mempunyai jahitan ditengah-tengah, di mana bukaan atas dan bawah
seperti bentuk '8'.

Bagaimana mengatasi masalah ini, supaya saya dapat bersama suami? apa
yang perlu saya lakukan.

terima kasih


Assalamualikum Puan,
Saya rasa mungkin puan semasa melahirkan mempunyai masalah kecederaan pada vagina yang serius sehinggakan perkara sebegini boleh berlaku.Kebiasaanya vagina akan koyak teruk bila vakum atau forceps perlu dilakukan bagi membantu kelahiran bayi puan. Diantara dua peralatan ini, forceps merupakan peralatan yang lebih banyak mencederakan vagina jika dibandingkan dengan vakum. Oleh sebab itu sekarang jarang doctor menggunakann forcep kecuali kes-kes tertentu semasa caesarian dan kelahiran songsang. Pilihan utama sekarang adalah vakum. 
Sebab lain yang boleh mencederakan vagina begitu teruk jika bayi puan terlalu besar dimana doctor perlu melakukan beberapa manipulasi bagi mengeluarkan bahu bayi puanyang tersangut. Walaupun episiotomi dilakukan bagi memudahkan kelahiran, kami dapati banyak kes dimana koyakan episiotomy menjadi lebih panjang hingga kelubang dubur(extended tear). Inilah adalah salah satu komplikasi  kalau kelahiran normal melalui vagina.
Apabila berlaku banyak koyakkan dalam vagina selepas bersalin,puan akan mengalami pertumpahan darah yang kadangkalanya serius dan memerlukan transfusi darah. Kami perlu memberhentikan perdarahan dari vagina dengan menjahitnya semulasecepat mungkin. Memang saya akui agak sukar kerana darah yang banyak mengganggu terutama mencari punca dari mana darah itu keluar.Dalam kekalutan begini mungkin jahitannya kurang sempurna sehinggakan lubang vagina menjadi kecil. 
Perkara ini amat jarang sekali boleh berlaku. Jika lubang vagina mempunyai dua lubang iaitu diatas dan dibawah, saya berpendapat dinding vagina kiri dan kanan bertaut.
Rawatannya mudah. Puan perlu berjumpa pakar obstetric dan ginekologi untuk mengesahkan perkara ini. Puan perlu menjalani pembedahan kecil dibahagian vagina bagi melepaskan dinding vagina yang melekat itu. Saya rasa mungkin puan tidak memerlukan anaesthesia am. Suntikan ubat pelali sudah mencukupi. Biarkan doctor pakar menentukanya. Kalaulah lubang vagina itu sempit, doctor boleh membesarkannya dengan kaedah yang mudah. Sakitnya pun macam sakit episiotomy sahaja.


No comments:

Post a Comment