Saya disahkan mengidap sakit buah pinggang dan sudah mengjalani rawatan
hemodialisis seminggu 2 kali,hampir 3 tahun.
Adakah saya boleh hamil?
Jika boleh, apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan?
Wanita-wanita yang mengalami penyakit buahpinggang mempunyai risiko
tinggi melibatkan si ibu dan juga bayi yang dikandong. Ini bergantong kepada
punca yang menyebabkan buahpinggang itu rosak,tahap kerosakan buahpinggang,tahap
kawalan darah tinggi jika ada dan amaun protin dalam air kencing.Sekiranya
fungsi buahpinggang merosot maka
keupayaan untuk mengandong dan melahirkan bayi cukup bulan juga menurun sama.
Risiko-risiko yang akan dialami oleh ibu adalah:
1.Kemerosotan fungsi buahpinggang akan lebih merudum dan kerosaknya mungkin
boleh kekal selamanya. Ini boleh terjadi sekiranya pesakit mempunyai kencing
berprotin dan juga mengalami darah tinggi,
2, Darah tinggi
3, Kencing berprotin
4. Pre eclampsia
5.Tromboembolisma saluran darah /pembekuan darah dalam saluran darah dan
6. Jangkitan air kencing.
Risiko-risiko terhadap kandongan adalah:
1.Keguguran
2.Pertumbuhan bayi terbantut
3.Kelahiran Pramatang dan
4.Anak meninggal dalam perut.
“Outcomes” kehamilan pula bergantong kepada tahap kegagalan/kerosakan
buahpinggang. Jika kegagalan buahpingang adalah serius( creatinine
>250umol/L),risiko komplikasi terhadap ibu adalah tinggi kalau dibandingkan
dengan kejayaan mereka mencapai kehamilan normal. Oleh kerana itu mereka ini
tidak dibenarkan mengandong. Di samping itu mereka juga mengalami masalah
kesuburan oleh kerana ketiadaan haid..Kegagalan/kerosakan kekal fungsi buah pinggang adalah hampir 25
peratus. Kadar kelahiran pramatang hampir 70 peratus dan kadar terbantut pertumbuhan
bayi dalam sekitar 30 peratus. Saya berpendapat oleh kerana puan memerlukan
dialysis saya kira puan dalam kategori ini.
Bagaimana kalau puan
terlalu ingin untuk mengandong?
Saya berpendapat jalan yang terbaik untuk puan adalah melakukan transplantasi
buah pinggang/pemindahan buah pinggang. Terdapat banyak lapuran-lapuran
perubatan, wanita yang telah melalui pembedahan transplantasi hamil dengan
jayanya. Selepas transplantasi,haid,ovulasi dan kesuburan kembali pulih. Puan
dinasihatkan tum untuk buahpinggang berfungsi dengan stabil dan ubat ‘immunosuppression’ ini amat penting bagi mengelakkan buahpinggang
baru di ‘tolak’/reject oleh badan puan. Kejayaan kandongan puan selepas
transplantasi amat bergantong kepada tekanan darah yang terkawal,tiada protin
dalam air kencing,tiada ‘rejection’ pada buahpinggang dan paras creatinine
dalam darah di bawah 180 umol/L.
Risiko kepada puan semasa mengandong selepas tranplantasi tetap ada.
Risiko mengandong luar rahim/ektopik adalah tinggi kerana pembedahan transplantasi
itu sendiri membolehkan jangkitan pada pelvis. Kegagalan fungsi buahpinggang
semasa mengandong berada pada kadar 15 peratus selepas transplantasi berbanding
jika tidak dilakukan. Kebiasanya mengandong tidak menyebabkan ‘rejection’ pada
buah pinggang.Darah tinggi,kencing berprotin dan pre eclampsia berada pada
kadar 30 peratus dan kadar kencing kotor pada 40 peratus. Disini puan boleh
lihat walaupun transplantasi telah dilakukan,ianya tidak menjamin 100 peratus
kejayaan dan juga keselamatan puan.
Semasa mengandong puan memerlukan pengawasan ketat dari pelbagai
disiplin selain dari disiplin obstetrik. Ulangan antenatal adalah kerap dan ketat
setiap 2 minggu dimana pelbagai ujian darah diperlukan bagi memantau keadaan
buah pinggang puan. Selain itu tekanan darah, jangkitan kuman,anemia, perlu di
pantau.
Kesimpulannya saya cadangkan puan berbincang dengan pakar buah pinggang
yang merawat puan kerana merekalah yang akan memberi jawapan yang sebenar.
Salam doktor,saya umur 25 tahun, dan belum berkahwin.Akan tetapi haid saya normal dan setiap 2 minggu sebelum datang haid, perut atau bahagian rahim saya sakit sangat2 rasanya seperti sengugut..ia berlarutan sekejap sakit dan sekejap hilang hinggalah saat menstruasi datang.Untuk pengetahuan doktor, saya ada dua belah pinggang yang sebelahnya kecil akibat kecut ketika kecil..ini punca jangkitan kuman ketika saya kecil kerana saluran kencing saya sempit sejak kecil.Saya sudah jalani pembedahan membesarkan saluran ketika umur 12 tahun.Sekarang sengal2 sakit buah pinggang itu ada dan juga kencing sakit tetapi boleh dikawal.Rawatan Hemodialisis saya tidak pernah lakukan tetapi saya risau kerana kali terakhir saya mendapat rawatan ketika umur 17 tahun.Soalan saya adakah saya akan bermasalah jika hamil nanti? memandangkan hidup saya bergantung pada buah pinggang sebelah.
ReplyDelete