Sukar untuk dipastikan dengan tepat sama
ada pil perancang yang puan ambil adalah punca kepada dingin hubungan intim
dengan suami. Keinginan atau kemahuan untuk melakukan hubungan seksual di
kenali dengan libido mempunyai hubungan lansung dengan emosi puan pada masa
itu. Emosi memainkan peranan yang amat penting dalam hubungan seksuai kalau
dibandingkan dengan perubahan kecil hormon testosterone bila pil perancang diambil. Apa yang saya
maksudkan disini adalah peranan penurunan kecil
testosteron adalah kurang penting dari isu-isu emosi dan hubungan dengan
pasangan kita.
Sememangnya kita mengetahui bahawa pil
perancang boleh menyebabkan penurunan libido dan keseronokkan hubungan seksual.
Pil perancang mengurangkan produksi testosterone yang merupakan hormone penting
dalam libido bagi perempuan dan lelaki. Hormon estrogen juga menyebabkan protin
‘sex hormone binding globulin” yang mengikat testosterone meningkat tinggi. Kesan
dari padanya hormone testosterone berkurangan.
Sebelum puan mengatakan pil perancang
adalah punca dingin puan, saya rasa puan perlu lihat factor-factor lain seperti
·
Hubungan puan dengan suami dan
masalah emosi puan yang komplikated dan sukar untuk ditafsirkan
·
Stress yang puan alami terutama
menjaga bayi yang masih kecil dan menyusu badan,sebagai ibu anak-anak lain yang
mempunyai pelbagai kerenah dan sebagai isteri yang bertanggong jawab terhadap
suami termasuklah dari segi hubungan intim
·
Fatigue/Keletihan
·
Perubahan fizikal yang ketara
yang merubah bentuk badan seperti masalah kegemukkan.
·
Depression/kemurungan
Sekiranya puan berasa pil ini adalah
puncanya, saya cadangkan puan berjumpa doctor unutk nasihat,Puan boleh tukar
dari pil hormone ke kaedah lain seperti kondom atau IUCD.Mungkin puan boleh
bertukar kehormon yang lain mengadongi hormone estrogen dan progesterone yang
rendah. Jangan puan berhentikan pil ini sertamerta tanpa berjumpa dengan doctor
kerana jika terjadi kandongan yang tidak jangka, boleh terus membunuh libido
puan! Puan perlu berbincang dengan suami dan lebih memberi perhatian supaya
dapat membangkitkan hubungan intim seperti dahulu.
No comments:
Post a Comment