Followers

Monday 16 April 2012

Obesiti,PCOS dan sukar hamil




Doktor, saya telah berkahwin selama satu setengah tahun namun masih belum ada zuriat. Saya berumur 25 tahun dan isteri berumur 30 tahun dan kini tinggal di Pulau Mutiara.
Isteri saya mengalami masalah kitaran haid. Perkara ini berlaku sejak remaja isteri saya dan saya telah berjumpa dengan Dr klinik bagi mendengar cadangan dan mungkin solusi utnuk masalah kami ini. Dr berkenaan memberi ubat hormon dan isteri saya hanya datang haid sekali setelah 4 minggu (Ogos 2011)  mengambil ubat berkenaan dan keadaan yang sama ( tiada haid) berlarutan hingga kini. Keadaan fizikal isteri saya semakin bertambah dan sering stress apabila ditgur akan berat badan yang meningkat. Memandangkan umurnya yang melebihi umur saya, dia sering tertekan dengan keadaan ini dan saya sentiasa memberi sokongan namun sukar diterima dengan baik. Saya telah membuat beberapa pencarian mengenai masalah ini mungkinkah isteri sapa mengidap PCO(´Polycystic ovary´) atau kami hanya perlu menunggu seperti yang dicadangkan oleh Dr Klinik yang saya temui dahulu iaitu menunggu 2 tahun dan kemudian membuat rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang?

Assalamualaikum Saudara 
Obesiti-Sindrom Ovari Polisistik(PCOS)-Permasalahan Haid-Infertili adalah merupakan satu putaran roda yang berkait rapat antara satu sama lain. Ini bermakna jika seseorang itu mempunyai masalah seperti haid atau infertili kita mestilah memutuskan rantaian roda ini. Jika tidak masalah masalah akan berpanjangan. Ini bermakna obesiti,PCOS,haid dan infertiliti akan mencari semakin kronik dan sukar di kawal atau di ubati.
Dari sini kita lihat punca utamanya adalah obesiti dan obesiti ini akan menyebabkan PCOS dan PCOS menyebabkan haid tidak menentu atau berhenti dan ianya pula menyebabkan sesorang itu sukar untuk mengandong.
Obesiti adalah bilamana BMI seseorang itu melebehi 25 dan BMI melebehi 30 adalah dalam kategori Terlalu Obes.Seperti saudara telah jelas isteri saudara mempunyai masalah berat badan yang saya rasa serius kerana haid beliau telah terputus.Bagi menurunkan berat badan, cara tradisi dengan mengurangkan berat badan dan senaman. Saya rasa kalau sukar, boleh minta bantuan pakar permakanan dan pakar fitness. Penggunaan ubat anti-gemuk merbahaya dari segi kesihatan. Target penurunan BMI  adalah dibawah 25. Kalau sukar, turunkan berat badan 10% sahaja dari berat badan sekarang. Jikalau haid tidak juga normal, turunkan lagi 10% sehingga haid kembali normal. Secara automatiknya kesuburan akan meningkat dengan penurunan berat badan.
Banyak kajian telah menunjukkan perkaitan rapat berat badan dengan kesuburan seseorang. Pertambahan lemak sama ada dibawah kulit atau dalam perut menyebabkan kenaikan paras hormone estrogen dan ini akan menganggu ovulasi dari berlaku. Wanita yang sukar hamil selalunya mengalami PCOS akibat dari masalah obesiti dan haid.
Sekiranya wanita obes mengandong,mereka akan mempunyai banyak risiko seperti darah tinggi,diabetis,keguguran,bayi boleh meninggal dalam perut dan juga kecacatan. Dari segi kesihatan pula mereka juga dikaitkan dengan risiko tinggi untuk kanser payudara,rahim,diabetis dan penyakit kardiovaskular.
Punca PCOS tidak diketahui dengan jelas tetapi beberapa factor telah di implakasikan iaitu genetic,resistan pada insulin,paras hormone androgen yang tinggi dari ovari dan obesiti.Diantara 35 hingga 60%  wanita yang mengalami PCOS mempunyai BMI melebehi 30.
Kesan kesihatan dalam jangka masa panjang bagi mereka yang mengalami PCOS ini adalah diabetis,penyakit berkaitan jantung, kadar kolesterol tinggi dalam darah dan kanser rahim.
Disini saya cadangkan saudara berjumpa dengan pakar infertiliti di Pulau Pinang dalam tahun ini juga kerana saudara tidak perlu tunggu 2 tahun seperti yang disaran kerana isteri saudara mempunyai masalah haid. Kalau lah ada PCOS ianya boleh dirawat secepat mungkin. Keduanya dan yang paling penting adalah mengurangkat BMI isteri saudara. Saya rasa saudara perlu bersama isteri saudara dalam memantau diet dan senaman. Bagi penyiasatan infertility ini selain dari masalah ovari kita juga perlu melihat saluran peranakan dan sperma suami, Ini semua akan dibincangkan oleh doctor saudara. Sermuga Berjaya.

2 comments:

  1. salam doktor..sy rsa sy ada pcos..kitaran haid sy tidak mennentu sudah lebih dari 10 tahun..maseh boleh berubat dan mengandung ke doktor?

    ReplyDelete
  2. Hi doktor...i ada ambil perancang cucuk utk 3bulan,lepas 3bulan i dah berhenti cucuk...lepas berhenti ada dtg period 2ari je...ada ke ni menyebabkan i hamil

    ReplyDelete