Followers

Wednesday 18 April 2012

Setelah diikat peranakan,adakah saya boleh mengandong lgi?



Ikat saluran peranakan

Sebelum saya menjawab masalah puan, biar saya beri pandangan  saya mengenai ikat tali peranakan sebagai langkah mencegah kehamilan untuk pembaca-pembaca yang mempunyai masalah yang sama atau yang akan mengalami pembedahan caesarean kali yang ketiga.Ramai orang masih keliru tentang kaedah ini,kesannya dan ingin mengandong semula selepas di ikat.
Sesungguhnya kami para doctor mempunyai dilema bilamana menasihatkan seseorang ibu hamil yang masih muda dan produktif untuk melakukan ikatan saluran peranakan pada masa pembedahan caesearean yang ketiga. Kita sedia maklum secara amnya kami menasihat seseorang ibu menghadkan bilangan anak bila pembedahan caesarean perlu dilakukan setiap kali ibu itu mengandong. Kebiasaannya doctor menghadkan kepada 3 orang tetapi trend sekarang, kami membenarkan sehingga empat orang sekiranya si ibu tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius dan pembedahan atau kelahiran yang terdahulu tidak mengalami komplikasi yang membayahakan si ibu.Ini perlu dapat penjelasan dari doctor yang merawat.
Punca –punca kami menghadkan bilangan anak adalah kerana beberapa sebab.
1.       Kerap kali dibedah pada tempat yang sama,segmen bawah rahim/uterus menjadi semakin nipis dan kejadian adhesions/usus,lemak usus dan pundi kencing melekat pada tempat caeseraean ini. Pembedahan didapati lebih sukar dan mempunyai komplikasi yang tinggi kerana kecederaan pada organ-organ tadi. Segmen bawah rahim yang tipis boleh menyebabkan rahim ,pecah; jika berlaku kontraksi.
2.       Risiko uri melekat dibawah atau plasenta praevia adalah tinggi dan terus meningkat dengan bilangan pembedahan  caesarean yang dialami.Plasenta previa mempunyai risiko perdarahan yang serius ketika mengandong dan komplikasi yang di takuti berlaku ialah plasenta accrete. Keadaan ini plasenta akan melekat pada dinding rahim dan tidak boleh dikeluarkan seperti biasa dan kadangkala memerlukan pembuangan Rahim/histerektomi
Kesemua komplikasi boleh berlaku dan setiap ibu itu perlu tahu dan timbangi sebelum membuat keputusan.
Berbalik kepada soalan puan,sekiranya puan menyususkan anak puan sepenuh masa, haid boleh terhenti lama dan kadangkala sampai 2 tahun, INi bergantung samada anak puan menyusu sepenuh masa atau bercampur dengan susu formula. Jika haid datang pun ketika penyusuan, haid menjadi tidak teratur, Penyusuan mengganggu kesuburan ovary.
Walaupun puan telah di ikat saluran  peranakan,puan perlu tahu dan sepatutnya telah diterangkan bahawa ikat tidak menjamin 100% gerenti puan tidak akan mengandong, Kadangkala saluran peranakan ini akan bertaut semula!.Lakukan ujian kencing sekiranya puan menyesaki puan termengandong kerana ianya positif segeralah berjumpa doctor unutk mengesahan dan yang paling penting adalah menentukan kandongan bukannya diluar rahim atau ektopik.
Terdapat pelbagai cara saluran peranakan puan diikat,Kebiasaanya semasa pembedahan caesarean, saluran peranakan puan diikat dan dipotong sebahagian kecil . Cara ini amat efektif.
Sekiranya ikat saluran peranakan dilakukan selepas bersalin dan rahim telah berada dalam keadaan normal,kami menggunakan kaedah laparaskopi yang lukanya kecil sahaja dan boleh dilakukan secara”day –care’.Laparaskopi kami menggunakan sam ada Fallope ring(getah bulat) atau Filshie clips(klip seperti stapler) untuk mengikat saluran peranakan.
Seperti yang telah saya bincangkan diatas,dilemma akan terjadi bilamana si ibu yang masih muda seperti puan menginginkan saluran peranakan ini dibuka semula. Mungkin dilemma ini tidak berlaku jika puan dibenarkan mengandong sampai  anak ke empat sebelum di ikat.
Secara teorinya saluran pereanakan yang telah diikat boleh di’sambung’ semula.Saya selalu menyatakan pada pesakit saya yang “ikat’ adalah tetap dan muktamad iaitu tidak boleh disambung semula.Saya tidak pasti samaada di negara kita ada doctor yang melakukan penyambongan semula saluran peranakan ini. Kerjanya amat remeh dan memerlukan kepakaran pembedahan mikro. Sekiranya ianya boleh disambung semula, kebangkalian untuk mengandong mungkin rendah dan risiko kandongan ektopik adalah tinggi.Adakah ini berbaloi?
Alternatif yang saya rasa terbaik untuk mengandong adalah melakukan persenyawaan secara invitro(IVF). IVF dilakukan bila saluran peranakan didapati rosak.Persenyawaan ovum wanita dan sperma lelaki dilakukan dimakmal dan setelah embrio terbentuk, embrio ini akan dimasukkan kedalam rahim si isteri. Peluang unutk mengandong adalah sekitar 30- 40 %. Kos nya agak tinggi dalan 15-20 ribu sekali percubaan. Jika puan benar-benar menginginkan seorang bayi lagi inilah cara yang terbaik.

92 comments:

  1. Salam Dr,
    Saya sekarang dalam di lema..baru mengetahui yg saya mengandung. Yg merunsingkan saya anak ke2 saya lahir pada 2010 dgn kaedah czer. Habis pantang saya terus mgandung ank ke3. bsalin kaedah czer. Now ank no 3 baru 8 bln Dan saya sudah mgandung lagi. Adakah selamat saya meneruskan kandungan Dan saya terpikir untuk ikat salur peranakan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan ada 2 options: 1. TerusKAN kandungan ini DAN kami akan caeseran lebih awal dalam 37 wks dan kalau ikat ok jugak. 2, gugurkan. Ini adalah keputusan peribadi puan dan suami. Dari segi medikal bolih diteruskan. Bincang dgn doktor.

      Delete
    2. sy czer 3 tahun bturut2,n disebabkan jarak czer tlalu dekat,keluarga nasihatkan utk ikat.Puan x perlu gugurkan kandungan,in shaAllah, semuanya selamat.buat pemeriksaan lebih teliti,dptkan nasihat doktor pakar.anak kedua mninggal sebab masalah kesihatan dan kalau diikutkan usia swaktu arwah hidup,lepas 4 bulan sy mngandung lg.perasaan takut mmg ada tpi percaya pd qada' dan qadar.sebab inilah rezeki yg Allah kurniakan...

      Delete
    3. Mcm mna dktr klau ada kes molar prangnency dktr..lps brcuci trus BTL..tpi dia nk mengandung lgi boleh kah dktr?..umur dia 41 thn..adakah brisiko lgi kh dktr sbb dia ada sejarah molar pragnency..

      Delete
  2. sy berumur 34 thn..sy ada 3 org ank dr prkhwinan yg trdahulu n ke 3-3 nyer ceasaer..dan dh ikat peranakan...

    sy baru berkahwin dan ingin mngandung...blh bantu sy?
    selain dr kaeadah IVF...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Bolih ka seorang wanita mengandung semula stlah mengikat peranakan.

      Delete
    3. Bolih ka seorang wanita mengandung semula stlah mengikat peranakan.

      Delete
    4. Hai doktor. Saya pun mengalami masalah yang sama dengan puan ros. Saya berusia 29tahun. Tapi dah ikat 8tahun yang lalu sebab 3 3 anak saya lahir ceaser. Bersalin 3tahun berturut turut tahun 2010, 2011 dan 2012. Saya dah berpisah dengan suami pertama, dan sekarang dalam proses nak kawin baru dengan seorang lelaki bujang. Dia mesti nak kan zuriat. Tapi saya dah ikat. Sekarang saya buntu dan berasa risau sangat. Kalau lah dia tahu saya dah ikat, dapat ke dia terima saya. Doktor, tolong lah bantu saya. Saya nak lahirkan zuriat untuk dia. Tapi saya tak mampu sekiranya nak buat kaedah IVF tu. Kosnya terlalu mahal bagi saya πŸ˜” Bantu saya doktor, saya nak mengandung semula.....

      Delete
    5. sy nak tanya lah yg sama.sy dah 2 kali beranak ceaser.dah ikat.tapi bulan 11 x dtg bulan mcm mn ya.ni nak masuk bulan 12.

      Delete
    6. Sya pon nk tnya soalam yang sama umur sya dh 47thn sya dah ikat peranakan boleh ke sya mengandung lagi..

      Delete
  3. salam Dr,
    sy pon nk tnye soalan same mcm ros gak...anak sy 3-3nye ceasaer dan dah ikat peranakan...sy dan suami inginkan zuriat lg...ada kaedah lain tak dr IVF ni? sbb IVF tlalu tinggi la kosnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jugak nak tanya solan yg sama...ada caranya doktor ?

      Delete
  4. saye nk tanye ni,saya baju je habis pantang,tau dh mengandung lagi,lepas tau mengandung,saya ada beli ubat untuk cuci,tp saya still mengandung..bole tolong saya tak,apa yg harus saya lakukan.tq

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum doktor, sy sudah 7 tahun diikat peranakan selepas pembedahan caesarean kali ke 3. Sy nak m'gandung kembali kerana sy b'kahwin baru dan suami baru sy nak kan zuriat sendiri. Apakah langkah2 yg perlu sy lakukan utk mengandung kembali>

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..Doctor.soalan sy sama seperti soalan Puan Anna solehah...cuma bezanya sy tidak pasti sama ada beranakan sy telah diikat atau tidak..sy inginkan jawapan dari doctor utk mengandung kembali..

      Delete
  6. Assalamualaikum doktor....saya dah 3x czer.dan ikat...anak ketiga dah 5tahun...jarak kesemua anak juga 5 tahun...yg sulung 15 thn dan kedua 9 thn...saya cuma inginkan kepastian adakah peluang mengandung ada lagi?umur saya sekarang 37thn..

    ReplyDelete
  7. As salam admin saya nak tanya bolehkah wanita yang salur peranakkan yang telah di ikat mengandung lagi berapakah kebarangkalian ?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Doktor... Saya juga mengalami masalah yg sama seperti Pn. Ros dan Pn. Yati KL.. Apakah prosedur lain selain IVF dan dimanakah sy boleh mendapatkan rawatan.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum doktor hrp bls yea sya na ikut kn 8 anak sya ggr 2 kli
    Skrg de pada sya 6 org semua sepasang
    Mcam ne klu sya nk mengandong g ank sbb sya dh ikat
    Hrp dktr bls yea

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum doktor hrp bls yea sya na ikut kn 8 anak sya ggr 2 kli
    Skrg de pada sya 6 org semua sepasang
    Mcam ne klu sya nk mengandong g ank sbb sya dh ikat
    Hrp dktr bls yea

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum doktor,umur saya 36 thn,saya telah ikat peranakan mengunakan kaedah memasukan getah bulat...pertanyaan saya ialah,saya bulan nie tidak datang haid,ade kah saya boleg mengandung?? Saya runsing,sebb suami saya tak nak zuriat lagi

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum doktor,umur saya 36 thn,saya telah ikat peranakan mengunakan kaedah memasukan getah bulat...pertanyaan saya ialah,saya bulan nie tidak datang haid,ade kah saya boleg mengandung?? Saya runsing,sebb suami saya tak nak zuriat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ayu..nak tanya ikat peranakkan ni sakit x&berapa kos dia ye??

      Delete
    2. salam ayu..nak tanya ikat peranakkan ni sakit x&berapa kos dia ye??

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  14. Assalamualaikum Dr,
    Adakah di Malaysia ada buat prosedur reversal tubal ligation

    ReplyDelete
  15. salam dr..sya nak tnya sbb dlu sya dah ikat masa umr 26 thn perkahwinan prtama...perkahwinan kdua ni suami sya nk sngat zuriat.ada cara tak utk sya mngandung lagi?

    ReplyDelete
  16. salam dr..sya nak tnya sbb dlu sya dah ikat masa umr 26 thn perkahwinan prtama...perkahwinan kdua ni suami sya nk sngat zuriat.ada cara tak utk sya mngandung lagi?

    ReplyDelete
  17. salam mommy2 nak tanya la ikat peranakkan ni sakit x&berapa kos dia ye??

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum doktor..sy berusia 36 tahun dan 4 kali czer..pastu ikat cara clip...kini sy berkahwin baru dan inginkn anak...ada cara tak??suami inginkn anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Dr.. Sy telah ikat 11 tahun yg lalu.. Suami ptama sy tlg pun meninggal dunia..skrg sy da bkahwin lain dan sy n suami Sgt Perlukan zuriat.. Perkahwinan sy dgn suami ptama dikurnia kn 2 org ank..ank Sulung sy normal.. K2 sy czer.. Sy harap doktor dapat membantu sy..

      Delete
    2. Assalamualaikum Dr.. Sy telah ikat 11 tahun yg lalu.. Suami ptama sy tlg pun meninggal dunia..skrg sy da bkahwin lain dan sy n suami Sgt Perlukan zuriat.. Perkahwinan sy dgn suami ptama dikurnia kn 2 org ank..ank Sulung sy normal.. K2 sy czer.. Sy harap doktor dapat membantu sy..

      Delete
  19. As salam doc..sya telah melahirkan anak yg ke 6 dgn cara ceaser..n sya telah pun ikat peranakan..soalan sya...sya dah lewat dtg bulan 1 mggu..adakah sya pregnan??

    ReplyDelete
  20. As salam doc..sya telah melahirkan anak yg ke 6 dgn cara ceaser..n sya telah pun ikat peranakan..soalan sya...sya dah lewat dtg bulan 1 mggu..adakah sya pregnan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  21. Dr. Saya nak tanya sekiranya telah melakukan pembedahan histrektomi rahim telah dibuang ada kemungkinan ka untuk prgnt diluar rahim..tiub fallipio saya telah diikat.

    ReplyDelete
  22. Dr saya pernah membuat pembedahan mengimbau pangkal Rahim setelah melahiran anak d sekitar tahun 2002.kemudian pernah juga membuat pembedahan membuang ovarian Kanan d sebab ada ketumbuhan.soalan saya dpat KAH saya hamil lgi dgn kaedah IVF.

    ReplyDelete
  23. Aslmkum..Dr saya eina...saya nk tnay Dr peried saya da msuk 4 sn.tp saya urean kt klinik tak positif....saya xpernah lalui...dan peranankan saya dah diikat 3thun yg lepas atas faktr kesihtan saya....saya mkn ubat mcm2...ubat hospital untk cairkn darah..jamu la untk ksihatn...hope sgat Dr bolh bg pandgan atau nasihat.,solan saya ...ADAKAH SAYA BOLEH MMAGNDONG LAGI WALAUPON DH 3 TAHUN IKAT PERANANKAN??

    ReplyDelete
  24. Aslmkum..Dr saya eina...saya nk tnay Dr peried saya da msuk 4 sn.tp saya urean kt klinik tak positif....saya xpernah lalui...dan peranankan saya dah diikat 3thun yg lepas atas faktr kesihtan saya....saya mkn ubat mcm2...ubat hospital untk cairkn darah..jamu la untk ksihatn...hope sgat Dr bolh bg pandgan atau nasihat.,solan saya ...ADAKAH SAYA BOLEH MMAGNDONG LAGI WALAUPON DH 3 TAHUN IKAT PERANANKAN??

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum dr... sy dh melahirkan 7 org anak... sy pun nk tnya soalan yg sama dgn puan ros dan lain2.. sy dah ikat tapi blh ke sy mengandung lg tanpa ivf.. sy sering rasa sakit di perut sebelah kiri bawah. Kerana setiap kli sy mengandung dlu mmg sy selalu sakit di situ.. skrg ni dh 4 thn sy ikat. Pd bln ni sy rasa sakit dibahagian prut kiri bawah tp sy belum terlepas tarikh period lg.. adakah prlu sy buat upt?

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak tanya.ble ka sy mengandung semula stlh peranakan sya d ikat

      Delete
    2. Saya nak tanya.ble ka sy mengandung semula stlh peranakan sya d ikat

      Delete
  27. Saya baru ikat peranakan dan rasa menyesal kerana Naluri nak lagi r kan anak masih kuat Hingga saya me jadi murung. ....adalah saya boleh me ngandung lagi slain kaedah ivf. ....

    ReplyDelete
  28. Saya baru ikat peranakan dan rasa menyesal kerana Naluri nak lagi r kan anak masih kuat Hingga saya me jadi murung. ....adalah saya boleh me ngandung lagi slain kaedah ivf. ....

    ReplyDelete
  29. Asalamualaikum.. boleh saya tahu di mana saya boleh lakukan prosedure untuk reverse ikat peranakan (BTL) di lembah klang ni

    ReplyDelete
  30. Asalamualaikum.. boleh saya tahu di mana saya boleh lakukan prosedure untuk reverse ikat peranakan (BTL) di lembah klang ni

    ReplyDelete
  31. Aslkm saya nak Tanya. saya dah ikat peranakan saya sudah 3 tahun baru2 ni bulan 11 saya datang bulan 2 Kali lepas tu bulan 12 tak datang langsung sampai sekarang. Saya dah buat pregnant test resultnya negatif. APA pendapat doktor???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama mcm saya. Bln ni blm period lgi. Sblm ni mmg tiap bulan ada period. Runsing jugak, tp blm cek urine lg.

      Delete
    2. PUAN,MCMNER..ADAKAH PUAN PREGNANT?SY RISAU JUGA SBB SY JUGA BTL TETIBA TIADA PERIOD,MGANDUNG KAH?

      Delete
  32. Sy nk tnye doktor..peranakan sy dh ikt..tpi sy ingin nk mngandung lgi..mcm mne tu Dr??

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum doktor,
    sya nak Tanya,sya czer 3 Kali n Kali ke3 czer terus btl ..seblm dtg haid,sya tak pernah kena senggugut tapi selepas btl (8thn) ,Bermula dari situ,tiap2 Hari pertama hingga Hari ke3 semasa datang haid, sya akan rasa sakit seblh Kiri perut n paha seblh Kiri pulak Rasa lenguh.Saya pernah masuk emergency room gara-gara sakit yg sya Rasa ,tapi doktor cuma beritahu Ada Kaitan dgn hormon sya n sya cuma diberi ubat tahan sakit

    ReplyDelete
  34. Sy bersalin d oprt sbb kasih klur baby terus d BTL.Ble kh BTL d buka balik

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum.. Klu saya nk mengadung lg sekali mcm mne doktor...

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikunmmm...sy umur 36,sy menyesal buat ikat peranakan?naluri sy nk mengandung semula?dpt tak smbng Balik ikat peranakan itu??����..

    ReplyDelete
  37. DR, saya membuat operasi BTL after delivered no.6. lately period sy tak teratur.adakah sy boleh pregnant?bila check urine negatif..knp boleh jd kes mcm ni..bdn sy tak selesa.mohon penjelasan dr. tq

    ReplyDelete
  38. Saya berumur 33 thun tp sudah menjalani ikat peranakan thun lepas slpas lahir ank 3..ttpi bln ini sya tidak period..saya sudah menjalani test urin tp negetif...sy keliru knpe tetjadi begini.

    ReplyDelete
  39. Sy suami yg dilanda kerisauan.isteri sy diberitahu telah hamil lg walaupun dah BTL.tapi bidan yg bgtau,blom pegi klinik lg.btul ker isteri sy bleh hamil walaupun dah BTL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik so macam mana betul ke isteri encik mengandung?? Harap dapat balas..

      Delete
  40. Salam....hai ...saya dah ikat pranakan saya selama 4 tahun...sekarang kawin baru dan nak buka ikatan ni...bagaimana saya nak tahu cara ikatan di buat iya...saya pergi klinik swasta tapi doc cakap kalau scan x nampak...sekarang maacamana nak buka dan nak tahu kepastian?

    ReplyDelete
  41. Selepas rahim diikat,, adakah boleh mgand7ng semula dlm jangka masa panjang...? ?

    ReplyDelete
  42. Aslkm doctor. Saya nak tanya isteri saya dah ikat peranakan. Sekarang dia sudah 3 bulan tidak datang haid.. selepas tu saya dah buat pregnant test, dan pergi klinik results sama negatif.. soalan saya kenapa isteri saya masih tidak datang bulan? Adakah faktor hormon?

    ReplyDelete
  43. slam doctor.sya nk tnya sya sudah ikat peranakan 10 thun lalu..blehkh sya nk buka kembali? sbb sya tlah brkahwin baru inginkn cahaya mata lagi.

    ReplyDelete
  44. Doktor Sye dh ikat Klau Sye nak mengandung lagi boleh tak... alhmdulillah Sye tak ade pape masalah masa mengandung...Sye melalukan operation sebab jalan bawah tak buka...

    ReplyDelete
  45. Saya nak tanya...umur saya sekarang 39 tahun....saya mengikat Rahim saya pd Umur 30 semasa melahirkan anak yg bongsu....pd masa itu saya melahirkan anak secara operates....boleh sy buka ikatan sy untuk hamil semula

    ReplyDelete
  46. Sy pun nak Tanya soalan yg sama jugak...sy ingin mengandung lagi setelah sy okay....sy hendak buka balik ikatan peranakan sy until sy Hamil lagi....please help me...

    ReplyDelete
  47. I h ikt pert,tetapi nk buka balik

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum...sy ceazer dh 3 kali dan ikat...saya dh sebulan xdtg bulan???adakah sy mngandung???risau jgk..sbelum ni memang period sy x tratur

    ReplyDelete
  49. Salam.. Doctor sya nk buka balik boleh tak. 2010 sy start ikat?
    So skarg sy dah brkawin yg kedua. Ada kah saya boleh buka??
    Pless sangat bls?πŸ™πŸ™πŸ™

    ReplyDelete
  50. Salam Dr. Sy Casearean pertma kli, tpi umur dah meningkat. Dr dah ikat. Tapi jika sy nak anak lgi. Bolehkn mengandung dgn cra IVF. TQ..

    ReplyDelete
  51. Selamat sejahtera doctor. Sy berusia 37 tahun. Sy melakukan pengikatan peranakan pd thn 2018 NOV. Adakah kemungkinan sy utk mengandung lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beranak 3 kali potong skrg uda 6 tahun pasal saya tidak mau anak lagi saya umur42 and Saya sudah ikat rahim apakah saya dapat hamil lagi

      Delete
  52. Selamat sejahtera doktor jadi saya baru lepas lakukan casearean dan berikat namun saya belum datang haid lagi....apa yang perlu saya lakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy czer bln 1 hrtu bln 5 bru dtg haid..banyak sgt drh keluar.

      Delete
  53. selamat sejahtera doktor,sy melakukan caserean tiga kali dan sdh ikat rahim,,anak sy 7thn da...sy nak beranak lg ,blh x?

    ReplyDelete
  54. Salam sejahtera doctor. Nak tanya bolehkah sy membuka ikatan rahim saya yg sudah 12 tahun diikat cara BTL. kerana sy sudah berkahwin baru dan umur sy sudah 42 tahun . Bagaimana kah caranya dan adakah hospital kerajaan dapat lakukannya

    ReplyDelete
  55. salam doc... sy dikat 12 tahun lalu coz melahirkn ank ceazer.. dn 3 tahun lalu sy berkawin baru dn tahun lps sy keguguran mcm sy xpercya sy mngadung dn skrg sy inginkn ank dn apakah perlu sy buat!! tlg bgi cndngn n nasihat.. apa perlu sy buat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis nak tanya mmg buat upt tu positif ye walau dah BTL??

      Delete
  56. Assalamualaikum doktor
    Saya juga dlm dilemmanskrg apabila sat menikahi baru..tetapi peranakan saya telah diikat..tetapi suami baru menginginkan zuriat.. saya berasa amat sedih..sbb menjangkakan jadi begini
    .doktor yg melahirkan selalu memaksa saya agar Ijat petanak setelah melahirkan..skrg seribu penyesalan dlm diri..bantulah saya kerana saya mahu mengandung UTK kali terakhir..walaupun hanya seorg shj.

    ReplyDelete
  57. Assalamualikum..nak tnya ye dokto.. Saya daa ikt 2 tahun lbh sbb bnyk masalah ketika mngdung.. Skrg saya lewat dtg kotor.. Ad ka saya bole mengandung..??

    ReplyDelete
  58. Hai doktor saya nak tny saya sdh ada ank 3 semua ceazer tapi skrng sdh kkawin 2 tapi dia nak ank seorng tolong saya doktor saya pun nk ank seorng

    ReplyDelete
  59. Salam doktor, saya bersalin kesemua anak secara normal. Sekarang anak saya ada 6 orang . Nak dijadikan cerita jodoh x panjang dengn suami yg ini. Dan mahu berkahwin lain. Suami ni ada cuma anak seorang dan mahukan anak . Saya telah membuat ikatan peranakkan 3 thn lepas. Dan jika mahu membuat semula buka ikatan blh ka doktor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis dh ada jawapan ke? Sy juga tertnya².. kerana sy juga punya soalan yg lebih kurang sama

      Delete
  60. Doc bagaimana klu kita da btl tp akrng sy nk ngandung lg ..sbb yg ni second married..suami sy nak ank ..selain ivf ada cara lain lg x doc

    ReplyDelete
  61. Salam Doc,
    Saya ada 2 anak perempuan di lahirkan cara ceazer. Sekarang anak berumur 9 dan 11 tahun.
    I ingin kan anak lelaki tapi rahim dah di ikat. Boleh tolong bagi advise cara saya boleh dapat anak lagi. Terimakasih

    ReplyDelete
  62. Doc...Sy dh ikat peranakan..now Sy da kahwin baru..dan inginkan ank..bole x bukak balik ikatan tu ..please doc...hosp mana yg boleh buat?

    ReplyDelete